Tuesday, November 15th, 2016

Penjimatan Hebat untuk Penerbangan dan Hotel Sempena Kempen Akhir Tahun Pertama Traveloka

bm-press-release

Musim percutian kini menjelang! Traveloka, aplikasi tempahan tiket penerbangan dan hotel yang terkemuka di rantau Asia Tenggara ingin menawarkan promosi istimewa yang boleh membantu pelancong menjimatkan sekurang-kurangnya 25 peratus dalam perbelanjaan mereka!

Sempena kempen akhir tahun pertama Traveloka, “Menariknya Hujung Tahun”, pelancong yang menempah tiket penerbangan dan hotel melalui laman web atau aplikasi mudah alih percuma Traveloka boleh membuat pilihan terbaik daripada pelbagai tawaran menarik untuk rancangan percutian mereka.

Para pelancong boleh menggunakan kod kupon yang tersedia di aplikasi Traveloka atau laman web dan menikmati diskaun sehingga RM150 untuk tempahan tiket penerbangan dan hotel dari 16 November 2016 untuk tempoh waktu yang terhad.

Selain itu, syarikat tempahan tiket penerbangan dan penginapan ini juga telah bekerjasama dengan lebih 100 hotel di Malaysia, Singapura dan Indonesia untuk menawarkan diskaun-diskaun menarik kepada para pelancong sepanjang Promosi Hebat Hotel Traveloka, yang bermula dari 16 November hingga 6 Disember 2016. Diskaun-diskaun tersebut hanya tersedia dalam aplikasi mudah alih percuma Traveloka, oleh itu, sertai lebih 9 juta pengguna Traveloka App di platform Android dan iOS.  Pengguna yang memuat turun aplikasi tersebut juga dapat menikmati kemudahan tambahan seperti Peringatan Harga dan Easy Reschedule.

Pengguna kad kredit juga mendapat manfaat dari promosi Traveloka, di mana pemegang kad kredit CIMB dan Citibank boleh menerima diskaun sehingga RM85 untuk tempahan penerbangan dan tempahan hotel mulai 15 November 2016.

“Biasanya, kempen percutian menawarkan tawaran yang mempunyai tempoh waktu yang terhad. Tetapi dengan promosi kami, anda boleh bercuti pada bila-bila masa.

“Sehubungan dengan itu, tempoh terbaik untuk menggunakan diskaun-diskaun kami adalah semasa percutian di akhir tahun, kerana terutamanya untuk hotel, kadar harga penginapan pasti melambung,” ulas Encik Halif Hamzah, Pengurus Negara Traveloka Malaysia.

Kempen hujung tahun Traveloka ini bermula dari sekarang sehingga hujung tahun, dan pelanggan digalakkan untuk sentiasa mengunjungi laman web dan aplikasi mudah alih Traveloka agar tidak terlepas apa-apa tawaran atau promosi.

“Kami bukan sahaja ingin menawarkan percutian yang lebih berpatutan, tetapi juga tawaran tambahan selain daripada yang ditawarkan oleh hotel atau syarikat penerbangan. Terdapat banyak tawaran yang menarik. Anda hanya perlu menebus diskaun ini, nikmati penjimatan dan mula mengembara!” Encik Halif menambah.

, ,